PERKONGSIAN CABARAN PERASAAN DAN PEMIKIRAN KLIEN WANITA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG BERPOLIGAMI

Samsiah Jayos, Nur Atikah Mohd Yadzi

Abstract


Kajian ini berkaitan dengan poligami tetapi dikhususkan kepada wanita Islam yang bermadu. Jika isu poligami ini dibahaskan, ia membuatkan kaum lelaki menyenanginya, manakala wanita mencemuhnya. Melalui poligami iaitu hidup bermadu pastinya akan mengalami pelbagai cabaran bagi seorang wanita. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bermadu dalam aspek perasaan dan pemikiran. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kajian kes dengan menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka.  Hasil temu bual dirakam dengan video seterusnya diatur kepada bentuk transkrip dan dianalisa data kepada tema, sub tema dan sub sub-tema. Sampel kajian adalah bertujuan. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada wanita Islam yang sedang bermadu di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang di Semenanjug Malaysia dan Kota Samarahan di Sarawak, Malaysia Timur. Kajian ini melibatkan seorang responden yang merupakan isteri pertama sebagai kajian rintis. Seterusnya empat (4) orang responden sebenar yang terdiri daripada seorang isteri pertama, dua orang isteri kedua dan seorang isteri ketiga. Hasil kajian membincangkan dua (2) cabaran yang dihadapi oleh wanita bermadu iaitu perasaan dan pemikiran. Dari segi perasaan yang dihadapi oleh wanita bermadu iaitu dikenalpasti ada lapan (8) iaitu marah, sakit hati, cemburu, takut, malu, gembira, dihargai dan sayang. Manakala, cabaran dari segi pemikiran terdiri dari enam (6) sub sub-tema iaitu berkaitan dengan agama, jodoh, anak-anak, prinsip hidup, pasrah dan redha. Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengetahui dan memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang cabaran perasaan dan pemikiran yang dihadapi oleh wanita yang bermadu terhadap kaunselor dan masyarakat. Selain itu, kajian ini perlulah diperluaskan lagi pada masa akan datang agar keluarga, kaunselor dan masyarakat mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu ini dengan harapan klien khusus seperti golongan ini dapat dibantu dengan lebih berkesan kerana cabaran perasaan dan pemikiran ini jika tidak ditangani dengan penuh berhikmah akan memberi impak yang negative kepada klien wanita yang bermadu seperti kemurungan dan tekanan dalam kehidupan mereka.

 

Kata kunci: Penerokaan, cabaran, klien, wanita, poligami dan bermadu.

 


Full Text:

PDF

References


Ahmad Sunawari Long, Jaffary Awang, & Kamaruddin Salleh. (2004). Islam: Past, Present and Future. Selangor: Department of Theology and Philosophy, Faculty of Islamic Studies UKM.

Azizah Hamzah. (2010). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal Pengajian Media Malaysia 6(1).

Cresswell, J. (1998). Research Design: Qualitative & Quantitative Approaches. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Diah Sulistyorini. (2009). Thinking. Universitas Negeri Malang.

Eni Setiati. (2007). Hitam putih poligami: Menelaah perkahwinan poligami sebagai sebuah fenomena. Jakarta: Cisera Publishing.

Falen, D. J. (2008). Polygyny and Christian marriage in Africa: The case of Benin. Africa Studies Review, 51(2), 51-75.

Hafiz Firdaus Abdullah. (2012). 202 Pelajaran Berkenaan Poligami. Johor Baru, Malaysia: Perniagaan Jahabersa.

Haron Din. (2007). Islam: Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Huston, T. L. (2000). The social ecology of marriage and other intimate unions. Journal of Marriage and the Family, 62 (2), 298-320.

Idha Aprilyana Sembiring. (2007). Berbagai-bagai faktor penyebab poligami di kalangan pelaku poligami di Kota Medan. Jurnal Equality, 12(2), 112-119.

Irfan Fahmi. (2014). Proses pengambilan keputusan menjadi isteri kedua dalam perkahwinan poligami pada wanita berpendidikan tinggi. Psympathic, Jurnal Ilmiah Psikologi Juni, 1(2), 231-243.

Jankowiak, W., Sudakov, M., & Wilreker, B. C. (2005). Co-wife conflict and co-operation. Ethnology. 44 (1), 81-98.

Jaymess, C. G. (2007). Kehidupan dua orang wanita bermadu (Degree’s thesis). Universiti Malaysia Sarawak.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif. Johor Bahru: Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Penyelidikan Kualitatif dalam Sains Sosial. Johor Bahru: Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Karim Hilmi Farhat Ahmad, Juhan Che Yaman, & Mohd Puzhi Usop. (2008). Poligami: Kesenangan atau kesengsaraan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication. Kartono. (2006). Perilaku Manusia.. ISBN. Jakarta.

Lathifah Nur Lailiyah, Ayunda Hardiyanti, Jauharotun Nafi’ah, & Risyda Zakiyah Hanim. (2015). Emosi. Universitas Jember.

Leli Nurohmah. (2003). Poligami, saatnya melihat realitas. Jurnal Perempuan, 31, 31-45.

Melati Sumari., Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid, & Azmawaty Mohamad Nor. (2014). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Amirruddin Basri. (2005). Kajian tentang poligami di kalangan lelaki pertengahan umur (Degree’s thesis). Universiti Malaysia Sarawak.

Mohd Zariat Abdul Rani. (2008). Poligami dan gender dalam Tok Guru karya Shahnon Ahmad dan Pujangga Melayu karya Mohd. Affandi Hassan. Akademika 74, 3-20.

Moleong, J. L. (2000). Metodologi Penelitian Kualitatif (Edisi Revisi). Bandung: PT. Remaja Rosdakarya.

Musdah Mulia. (2000). Pandangan Islam tentang poligami. Jakarta: Lembaga Kajian Agama dan Gender dengan Persekitaran Solidaritas Perempuan dan The Asia Foundation.

Norsaadah Din., Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail, & Ahmad Nazeer Zainal Arifin. (2014). Membina perkahwinan berdaya tahan sepanjang hayat melalui pendekatan AlQuran dan Al-Sunah. Jurnal Pengajian Islam, Akademi Islam Kuis, 7(1), 174-187.

Nurul Adni Adnan. (2012, February 27). Poligami: Bersedia hadapi ombak perasaan~Cahaya hati menuju Ilahi [Web log post]. Retrieved from http://sisikehidupan.blogspot.my/2012/02/poligami-bersedia-hadapi-ombak-perasaan.html

Nur Zahidah Jaapar & Raihanah Azahari. (2011). Model keluarga bahagia menurut Islam. Jurnal Fiqh, (8), 25-44.

Pupu Saeful Rahmat. (2009). Penelitian kualitatif. Equilibrium, 5(9), 1-8. Rizki Zulaikha Parlina. (2008). Interaksi sosial dalam keluarga yang berpoligami. Universitas Sumatera Utara.

Rusli Ahmad, Hasbee Usop, Azman Ismail, Sopian Bujang, & Nur Naha Abu Mansor.

(2014). Conducting Research in Social Sciences and Management Studies: Practical and a step-by-step guide.Malaysia: RS Publishing House.

Zuhayati Yazid (2010, February 15). Sukarnya berbahagi suami. Slot Bicara Agama, Utusan Malaysia.




DOI: http://dx.doi.org/10.22373/taujih.v1i1.7190


     

View My Stats

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.

Editorial Office:

Prodi Bimbingan dan Konseling Islam
Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN Ar-Raniry
Jl. Syech Abdur Rauf Darussalam,
Banda Aceh - Aceh 23111
Telp: -
HP: +62 853 7927 0086
Email : fdk.prodibki@ar-raniry.ac.id

Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh
www.ar-raniry.ac.id